Nor 's FotoPage

By: Nor Azmi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Sunday, 12-Nov-2006 18:49 Email | Share | | Bookmark
Sudan....

Buah kurma...ni yang fresh baru petik dari pokok
Baru balik keje malam dahhh....kat dlm bas
berlatarbelakang Laut Merah
View all 12 photos...
Ni ada la beberapa gambar yang sempat aku ambil, kat sini nak ambik gambar pun kene sorok-sorok tak bebas macam kat Malaysia....silap-silap camera kene rampas.

Tapi yang pastinya hujung bulan ni aku nak balik Malaysia dahhhhhh............


Monday, 23-Oct-2006 20:07 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri dari perantauan

Ni je yang ada pada pagi raya nak buat camner....
Sebelum solat sunat aidilfitri
adik angkat...hehehhe..
View all 6 photos...
Selamat hari raya , maaf zahir dan batin untuk semua rakyat Malaysia, kami di sini 23 hb dah raya dah...awal sehari.
first time raya kat tempat orang ni..................


Thursday, 19-Oct-2006 01:19 Email | Share | | Bookmark
Crude Oil

 
Hmmm...keje kat Crude oil Marine Terminal....ni masa kene ambik sample crude oil, habis seluar baju...sampai balik rumah tukar baju. penat ooiiii.......


Thursday, 19-Oct-2006 00:31 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan di Sudan

Nak berbuka dah...
 
Pak Abu..aku tengah pekena kopi sudan
View all 6 photos...
Ramadhan Tahun aku berada di Port Sudan, North Africa. Terkenal dengan suhu yang panas, tapi menjalankan ibadat puasa di sini tidak lah seteruk yang di sangkakan....kalau pada hari-hari biasa memang tak miss botol air di sisi, Bila puasa ok jer... haus sikit tu biasa lah.

Aku berpeluang untuk berbuka puasa bersama sahabat di Sudan , Al-Tayeb telah mengundang kami untuk bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di rumah nya. Aku , rafiq ( India man ) dan Pak Abu pergi bersama.
Tradisi orang kat sini, apabila berbuka puasa diaorang berkumpul duduk di luar rumah dan berbuka bersama-sama. Hidangan demi hidangan di sediakan.....bab makanan tuuu susah sikit lah nak telan, yang mana boleh masuk dek tekak aku telan ajer...Roti cicah lah kuah kari kambing...tapi ok lah.
Selesai makan kami solat Maghrib bersama-sama, kemudian kami di jamu dengan buah-buahan dan jus buah-buahan,kek dan macam-macam kuih yang manis-manis ..kira boleh lah.
Tak cukup dengan itu , teh(syair) dan kopi panas(jawana) plak di ediakan... tapi cawan kat sini kecik ajer..mcm japanese cup. aku belasah gak kopi 4~5 cawan...


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net